inilah duniaku....


Ya Allah, hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang hambaMu inginkan.

Friday, April 11, 2014

cek up Damia @ 2bulan

9hb April 2014,appointment Damia untuk cek up@2bulan. Dah besar anak ibu ni.. 
Plan awalnye aku yg kena bawa Damia pergi klinik pg tu,abah Damia keja.. nervous jugak .. almaklumla dh lama x drive keta pas tu plak ni first time  bawak Damia.. tp aku tau,aku kena kuatkan semangat sbb klu aku lemah..sampai bila pun aku x yakin kan...

Kami keluar dr umah lebih kurg kul 9am..tgh aku syok bawa keta..tetiba henpon aku berbunyi..emm aku abaikan je.aku fikir call yg x penting..(aku memg x kan jawab col masa memandu sbb aku mls nak berhenti tepi jalan). 2 kali henpon berbunyi,aku tetap abaikan..tp lepas tu ada SMS plak..ooohhh...ni mesti menda penting..so aku terpaksa bhenti gak la..amik fon n tgk SMS dr my hubby.. Mr.hubby msg "abg x keja ari ni.nak pegi klinik.sakit telinga." aku terus balas"ok,tggu kat umah" terus aku patah balik ke rumah, x lama pas tu Mr hubby pun sampai. nampaknye kali ni aku selamat, Mr hubby bawa aku n Damia pergi klinik..lepas siap cek up Damia baru kami pergi klinik untuk periksa telinga Mr hubby..


x meragam pun duduk dalam car seat
*ari ni ibu duduk belakang sorg2...rasa macam mak datin plak hehehe*

sempat lg damia tdo


perkembangan Damia sejak lahir hingga umur 2 bulan...

berat masa lahir: 3.2kg
berat 1 bulan: 3.7kg
berat 2 bulan: 4.4kg

tinggi masa lahir: 47cm
tinggi 1 bulan:51cm
tinggi 2 bulan:56cm

Nurse kata Damia membesar mengikut perkembangan yg normal.. Alhamdulillah..cepat besar ye sayang..

 Damia kena injection 3 serangkai.. nurse kata kena injection ni blh demam..nurse bekalkan ubat demam n suruh aku pantau suhu badan Damia..if suhu mencapai 37 darjah celcius..nurse suruh basahkan badan dengan tuala basah dulu,jgn bg mkn ubat lg sbb x nak biasakan Damia dengan ubat..nanti antibodi Damia x kuat..mean bila demam sikit dh kena bergantung dengan ubat.. tp alhamdulillah Damia ok je lepas kena inject tu.. x demam pun... may be sebab aku selalu cakap kat Damia " ANAK IBU KUAT".

tgh tggu giliran
* dh standby bawak stroller..letak damia dlm tu.. tau la kan klu cek up kat klinik kerajaan ni...berjam-jam menunggu..x larat nak pangku baby bam bam ni..*

next appointment on 12/05/2014(isnin)..ari pertama aku masuk kerja after 3months bercuti... terpaksa la aku jd superwoman ari tu nanti.. balik sekolah trus rush amik damia kat umah pengasuh n pegi klinik.. (x pe..ibu x kisah demi kamu sayang).


HARI NI 11 APRIL 2014... HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KAMI YG KE 5.. ALHAMDULILLAH..SEMOGA KEHIDUPAN KAMI LEBIH BAHAGIA DENGAN KEHADIRAN  NUR DAMIA NADHIRAH  * harta kami yang tak ternilai harganya*

5 tahun yg lalu @ 11 April 2009


#kita tggu perkembangan Damia @3bulan nanti ye... moga anak ibu terus membesar bagai johan.. ops..bukan Johan raja lawak tu ye...kih kih kih

Tuesday, April 8, 2014

Buah hati ibu dan abah

Alhamdulillah..syukur ke hadrat mu Ya Allah, setelah sekian lama kami menanti rezeki dariMu..akhirnya Engkau telah makbulkan doa kami.

Hari ni (8 April 2014),Damia dah genap 60hari@ 2bulan... ibu baru entri masa kamu lahir... (sblm ni x terfikir pun nak buat blog ni)

Ni lah buah hati pertama kami...puteri kesayangan ibu dan abah...
kami namakan baby ni NUR DAMIA NADHIRAH(cahaya keberkatan yang berseri-seri).

Damia dilahirkan pada 8 februari 2014(sabtu) pada jam 02.23ptg di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Berat masa lahir 3.2kg... tembam betul kamu sayang... hehehe

jom layan gambar2 Damia...

 Damia kena duduk bawah lampu sbb kena kuning @ jaundis. Kesian anak ibu...... 

aksi Damia masa tdo...siap angkat kaki tu... 
 
"damia mengantuk la ibu"

" comel tak saya"

"Ya Allah, peliharalah Nur Damia Nadhirah, dan sihatkanlah ia. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jadikankah  Nur Damia Nadhirah sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.

Thursday, January 17, 2013

Impianku.....


ari ni aku nak citer pasal impian aku...hehehe...may be tak kan tercapai dalam masa terdekat.aku target impian ni akan tercapai dalam masa 4@5 tahun lagi...mesti korang tertanya-tanya kenapa lama sangat kan?kan?... biasa orang len target paling lama pun dalam masa setahun impian dah boleh tercapai kan... kes aku ni macam pelik la pulak...tp aku ada reason aku sendiri kenapa aku target 4@5 tahun lagi... korang nak tau apa reason nye.... jom baca kat bawah ni ->

 1. masa tu aku mungkin dah naik DG44... in sha Allah 

2. loan keta aku dan keta en.hubby pun dah settle time tu.. so ekonomi kitaorg dh semakin kukuh la kan 

3. lain-lain reason yang aku rasa korang x yah tau la..hehehe

ha...setelah korang baca reason2 aku tu...korang boleh agak x apa impian aku tu....sapa yang boleh teka dengan tepat aku bagi 10markah kat korang.. buat yang masih tertanya-tanya tu...meh la kita tgk gambar kat bawah ni... ini la impian aku sebenarnye  jeng jeng jeng...... | v | v | v |










kalau en hubby nak sponsor best jugak kan hehehe





 

Sunday, January 13, 2013

happy new year 2013

SeLaMaT TaHuN BaRu!!! yeah....dh 13 hari kita masuk ke tahun 2013... selalu bila masuk tahun baru... soalan yg biasa kita dengar " APA AZAM TAHUN NI?" azam oH azam... apa azam tahun ni ek...emm x la berazam sgt...kang jadi hangat-hangat taik ayam je...abis bulan satu...azam pun hilang... hehehe... apa2 pun semoga REZEKI akan bertambah tahun ni... Aminn....

Thursday, February 17, 2011

JIKA AKU SEORANG ISTERI

Ya Allah...

Ampunilah dosa yg telah kubuat,

Limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,

Berikanlah aku kekuatan mental,

Kurniakanlah aku dgn sifat keredhaan,

Peliharalah aku dari kata-kata nista,

Kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu,

Berikanlah aku sifat kasih sesama insan,



Ya Allah...

Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arash,

Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,

Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di JannahMu,

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.

Sekiranya suamiku ini adalah yg terbaik untukku di duniaMu,

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,

Sekiranya suamiku suamiku ini jodoh yg di rahmati olehMu,

Berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya.



Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,

Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu,

Sekiranya suamiku tergoda dgn keindahan duniaMu,

Limpahkanlah kesabaran untuk terus membimbingnya,

Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan ,

Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku membetulkan keadaannya,

Sekiranya suamiku mencintai kesesatan ,

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena,



Ya Allah...

Kau Yang Maha Mengetahui apa yg terbaik untukku,

Kau juga Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,

Bimbimglah aku ke jalan yg Engkau redhai,

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai istri,

Hukumlah aku di dunia tetapi jangan Kau hukum aku di akhiratMu,



Berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu,

Ya Allah...

Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu.

Aku buta tanpa bimbinganMu,

Aku cacat tanpa hidayahMu

Aku hina tanpa RahmatMu



Ya Allah...

Kuatkan hati dan semangatku,

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu,

Jadikanlah aku isteri yg disenangi suami,

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu,

Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..



Hanya padaMu Ya Allah,

Aku memohon segala harapan ,

Kerana aku pasrah dgn dugaanMu,

Kerana aku sadar,hinanya aku

kerana aku insan yg kerap keliru,

Kerana aku leka dgn keindahan duniaMu,

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu,

Kerana pendek akalku mengharungi ujian dariMu,



Ya ALLAH Ya Tuhanku..

Aku hanya ingin menjadi isteri yg solehah,

Isteri yang di rahmati ,

Isteri yg dikasihi,

Isteri yang senantiasa di hati.