inilah duniaku....


Ya Allah, hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang hambaMu inginkan.

Thursday, February 17, 2011

JIKA AKU SEORANG ISTERI

Ya Allah...

Ampunilah dosa yg telah kubuat,

Limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,

Berikanlah aku kekuatan mental,

Kurniakanlah aku dgn sifat keredhaan,

Peliharalah aku dari kata-kata nista,

Kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu,

Berikanlah aku sifat kasih sesama insan,



Ya Allah...

Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arash,

Berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,

Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di JannahMu,

Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.

Sekiranya suamiku ini adalah yg terbaik untukku di duniaMu,

Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya,

Sekiranya suamiku suamiku ini jodoh yg di rahmati olehMu,

Berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi segala karenah dan ragamnya.



Tetapi Ya Allah...

Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,

Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu,

Sekiranya suamiku tergoda dgn keindahan duniaMu,

Limpahkanlah kesabaran untuk terus membimbingnya,

Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan ,

Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku membetulkan keadaannya,

Sekiranya suamiku mencintai kesesatan ,

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena,



Ya Allah...

Kau Yang Maha Mengetahui apa yg terbaik untukku,

Kau juga Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,

Bimbimglah aku ke jalan yg Engkau redhai,

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai istri,

Hukumlah aku di dunia tetapi jangan Kau hukum aku di akhiratMu,



Berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu,

Ya Allah...

Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu.

Aku buta tanpa bimbinganMu,

Aku cacat tanpa hidayahMu

Aku hina tanpa RahmatMu



Ya Allah...

Kuatkan hati dan semangatku,

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu,

Jadikanlah aku isteri yg disenangi suami,

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu,

Bimbinglah aku menjadi isteri solehah..



Hanya padaMu Ya Allah,

Aku memohon segala harapan ,

Kerana aku pasrah dgn dugaanMu,

Kerana aku sadar,hinanya aku

kerana aku insan yg kerap keliru,

Kerana aku leka dgn keindahan duniaMu,

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu,

Kerana pendek akalku mengharungi ujian dariMu,



Ya ALLAH Ya Tuhanku..

Aku hanya ingin menjadi isteri yg solehah,

Isteri yang di rahmati ,

Isteri yg dikasihi,

Isteri yang senantiasa di hati.

Wednesday, February 16, 2011

Resepi Cemerlang

RESEPI MURID CEMERLANG -Dr. Fadzillah Kamsah
Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan.
Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri -ciri pelajar cemerlang? Berikut adalah 14 tip atau petua untuk menjadi pelajar cemerlang:
1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.
3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.
4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan/praktikkan.
5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau pun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.
6. Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.
7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.
8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.
9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.
10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.
11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.
12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.
13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.
14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.

Tuesday, February 8, 2011

Petua tangani bosan

1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.

Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya supaya tidak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu disekeliling yang boleh anda lakukan.

2. Jadi Workaholic

Orang workaholic adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila anda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa bosan, anda boleh bentuk diri anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas! Sikap workaholic tak sesuai untuk orang sudah berkawin. Jika anda seorang suami, nanti isteri anda saman anda sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja. Jika anda seorang isteri, nanti suami anda makan maggi setiap hari.

3. Set Matlamat, Azam, Cita-cita dan Impian. Selepas itu Berusahalah Mencapainya!

Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. selepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas itu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan anda akan perasan anda dapat mengelak rasa bosan sebab anda sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita anda.

4. Rajinkan Diri Beribadah.

Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa bosan dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan anda macam tak mahu berhenti.